Tuesday, February 22, 2011

Monavie..

Nak tau naper aku tayang botol ni?
Dengan izin Allah SWT, Insya'allah, isi kandungan dalam botol ni banyak khasiatnya.
Macam-macam untuk kesihatan, seribu satu khasiat.
Sesuai untuk kencing manis, darah tinggi, untuk jantung, resdung, asma
menurunkan paras kolestrol, sinusitus dan macam-macam lagi.
Untuk aku, aku minum untuk kesihatan...
Dan yang paling penting, semenjak aku minum jus ni especially during breastfeed baby ni,
susu menjadi banyak Alhamdulillah, susu bertambah pekat..
Khasiatnya pon dapat kat baby kita.
Rasanya seperti jus buah-buahan. Boleh dikatakan concentrated jus.
Bukan ubat, tapi Insya'allah boleh menyembuhkan pelbagai penyakit. Dengan Izin Allah SWT yang pentingnya.
Tapi, tak rugi aku minum..sebab, penghasilan susu adalah dari apa yang si Ibu makan, betul? Jadi, selama 2 bulan sebelum ni, yang diketahui,
Umar kerap mengalami idung tersumbat dan secara tak langsung mengakibatkan pengumpulan kahak di bahagian tekak dia.
Semenjak aku ambil jus ni setiap pagi dan malam, alhamdulillah...
Umar jarang selsema, apatah lagi batuk.
Aku pun secara tak langsung rasa cergas. Syukur.
Ni bukan nak promote ke apa ke, cuma nak share kebahagiaan aku..
Yang penting, producing aku tetap berjalan dengan lancar, sebab aku plan nak menyusukan Umar sehingga cukup masa yang sepatutnya.
Kepada sesiapa yang berminat dengan Monavie ni, boleh tinggalkan message. Atau untuk pertanyaan lanjut boleh diutarakan ya.... Pak Jabit sedia menolong...

5 comments:

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

salam abott...

lama tak sembang2 ekk...

jus monavie ni makcik akak pun pernah amalkan dulu.. kalau ikut brochure dia mmg bagus jus ni.. mcm2 boleh cure terutama utk penyakit2 kritikal tu.. tp mungkin ambil masa yg agak lama la kot.. coz makcik akak kata.. tak nampak sgt kesannya.. tp byk gak makcik akak minum sebelum tu.. mungkin utk tambahkan susu tu nampak kesan cepat ler sebab bukan nak ubati penyakit kan... so cepatlah kesannya.. tp mmg bagus amalkan jus buah2 ni... byk vitamin..

skrg ni.. makcik akak anak beranak amalkan walit gold premium pulak.. menurut makcik.. dah menampakkan kesan.. anak2 dia yg ada masalah kulit pun dah nampak kesan positif.. dlm byk2 produk kesihatan termasuk produk yg makcik ambil dari nutrimetic dan mcm2 company lagi.. makcik akak kata.. walit gold yg paling bagus sekali setakat ni.. hehehe.. makcik akak tu memang suka kalau bab2 product penjagaan kesihatan ni.. sanggup berhabis beribu2..

sebabkan pujiannya yg bagus sgt tu.. akak pun try gak ler walit gold tu (sebelum ni dia kempen product2 lain akak tak minat pun sbb mahal.. tak mampu.. hehe) tp sebab kempen bagus benor pasal walit gold ni termasuk dari kazen2 akak yg turut sama amalkan.. last2 akak pun try gak.. alhamdulillah.. lepas seminggu lebih amalkan.. doktor dah kurangkan dos ubatan yg akak ambil.. syukur... kalaulah boleh stop terus ambil ubatan tu tentu lebih bagus kan.. apa2pun.. semuanya dengan izin Allah juga...

Semoga abbot & baby sihat2 sentiasa... baby umar dah pandai apa dah?

AbbotCottage said...

Kak Madiha..kita dah search WALITGOLD product, ermm berasaskan sarang burung ya? Ermm...benda ni macam a bit was-was sket, sebab ada sesetengah para ulamak kata, sarang burung adalah terhasil dari air liur. Apa-apa pun kena tanya pada yang arif mengenai hal ni. Saya cuma mendengar dan baru belajar.

Kita semua memang la, kalau boleh semua nak serba-serbi cepat kesannya, biasa la manusia, kalau boleh nak kesan on the spot, siapa tak moh tol tak? Ada ayng sabar nak tunggu kesan jangka panjang, tapi berbaloi, dan ada jugak yang ingin mencari kesan yang cepat tapi bagus utk jangka panjang yang sama juga maknanya sihat Insya'allah. Ini terpulang pada individu sebenarnya. Kita ni cuma berusaha je, Allah menentukan segalanya. Yalah mcm yang saya katakan, apa jua semua terserah pada Allah SWT. Waima kita makan yang terbaik pon, kalau tak di-Izinkan Allah SWT, kat situ gak tahap kesihatan kita...

Sama-sama kita usaha Kak Madiha, kita digalakkan mencari yang terbaik dan sesuai utk diri kita, kita cuma menjaga apa yang telah diamanahkan oleh Allah, yakni tubuh badan kita yang hanya pinjaman semata. Kadang-kadang lupa badan kita ni dipinjamkan, tak jaga kesihatan, ikut ati je, bila dah terhantuk baru menggelabah nak carik penawar. Jadi kita sama-sama meneruskan perjuangan kita, selagi nyawa dikandung badan Insya'allah. Terima kasih atas info Walitgold tu ya Kak Madiha, Insya'allah kalau apa2, saya akan war2kan kat kawan2..Kita cuba mencari yang terbaik.

HaSue said...

aku x pnh lg dgr monavie nih..mona fandey tuh pnh laa juga..hehe..
bagus utk susukn anak ek?alhmdulillah stkt ni susu bdn byk gak..utk 2 org..tp mak diorg lmbt susut berat.hehe..melantak x hengat..nak diet ah!

AbbotCottage said...

HaSue...muehehehhebukan melantak, tapi menikmati hidangan, sedap sket nok bunyinyaa...kih kih...

Ummi said...

Abbot, akak x penah dgr jus monavie nih...keluaran mana dan mana nak didapatkan? Asal jus buah2 ke eh? Rasa nak menerai tuk Aiman dan jugk akak sekeluarga la senang cakap...hehe.

Selamat datang dan terima kasih kepada semua yang sudi menyinggah kat umah aku yg tak seberapa ni...Salah silap terkasar bahasa harap dimaafkan...

Islamic Clock

Borak sambil ngombe

Blogger templates

skyscraper

Tima Kasihhh Sudi Jadik Jiran