Wednesday, February 10, 2010

Nasi Kerabu Expressssss

Hik hik hik!! Ske ske akuuuu je nak ngubah bahan. Jgn marah ehh org Pantai Timur. Memandangkan aku bikin apa yg ada lam esbok aku, tu je lah yg aku pamerkan. Budu tu, aku bli yg peket, sepeket lima posen...tapi tak leh lawan yang lam botol, hancosssssss!!! Masinnn!!!! Nak kawen lagi tokey budu tu gamaknya.

Aku gi boh selagi ada ulam, selagi tu aku hiris. Alih-alihhhhhhhhhhhhh, pijoooooooooo lidah aku makan ulam-ulam tu, ekekekekekeke...macam pedas mencucuk-cucuk wooo..padan muka!. Aku tadek sonding, pasalnya kelapa tadak. So, aku tumbuk2 ikan ngan cili ngan bawang then aku sangai je ateh koli. Nasik plak, kebetulan pokok telang aku tak pulak berbunga, huhhhh apalagik, nasik putih je la jawapnya. Klo ada sambal yg mcm nasi kerabu Kelantan tu kan, adehaiiii sedapnya. Amit-amiiiiiittt je tgk nasik kerabu aku nih, tapi syukur alhamudlillah, dari takde ye dak? Alhamdulillahhhh...Resipi???? ahhh tayah!! Sambey siang rebung korang bleh bikin nasik kerabu nih weiiii... Haaa sila sila, tamoh?? tak per, haa org blakang tu duduk ler, jgn balik, amik berkat ni ha bagi tok ki kat ghomah tu, siannn lapo.

"Ibu cantik takk???"... Erghh...

Erghh...nak marah talehh, nak top mata pedihhhhhhhhh je ati ni. Ehehehe macam dah tadek ketas plak kan? Nasib talam IKEA je, yg tak smpi seploh hengget ni...ehehehehhe. Tapi aku ske kaler dia, senang, klo aku baling ayam yg dtg masuk dapo aku semata-mata nak cret cret, tak pecah, mueheheheheh aku kijamm!!! Sedap je panggey aku soh tgk dia tulih..aduyaiiiiii anakkkkk oh anak. Nak tak nak senyum je la. Cantekkkkk pandaiii anak aku tulih. Org dah pandai tulih nama sendiri, abih sme2 klo bley nak tulih nama dia. Kadang-kadang DAMiA, kadang-kadang MiA...uhhhh tak hengatttt, ada trademark tu nama.

Lama dah aku membisu, tol tak...senyappp je membawak diri. Ilang semangat dibuatnya..tapi bila pk pk semula, bley jadik gila klo pk sgt. Bek aku berblogging mcm besa gak, lagik besssssssssssssss.. Tetiba rinduuuuuuuuuuuuuuuuuu sangat ngan korang. Selama ni rindu lewwww ngan korang, cme aku tak de idea nak boh apa. Ada masak macam biasa, cuma tadek mood nak snap2, nak post. Rumah kawan-kawan tetap aku kunjung macam biasa setiap ari macam 4 tawon lepas gak, rutin tu, tapi lam 2 minggu lepas aku lam mood hibernation. Macam-macam kawan masak, post dengan gembiranya, aku tumpang gembira gak....Nway, em backkk guys (perasan macam org tunggu post aku plak). Haapy to see u guys back. Muahssssssssssssss!!!!

Tuesday, February 2, 2010

Nursery...


Wahai kawan-kawan yang budiman, aku ni dah tahap tension taleh nak kurangkan tension dah kat opis ni. Terlalu byk birokrasi, terlalu byk perlakuan berhadas mengipas bos2 yg suka dikipas terjadi. Aku bukan jenis yg hipokrit, depan baik, blakang sok sek sok sek. Tak ske, aku bohhhhh je, lepas tu lepas. Then no more citer blakang2. Aku tak tahan...tension. Tiap malam aku nangiss, nangis pasal pk sok nak gi keje, tmpt keje yg terrrrlaluuuuuuuuu memilih bulu, bulu yg tak tau mengipas akan dipijak, ditekan dengan kaki. Mengjelang hari Ahad je, aku pun mula dah kacau bilau, risau, susah hati, nangis bila mikirkan esok kerja...terpaksaaaa sekali lagi untuk minggu mendatang mengadap kelakuan manusia yg terrrrlalu mementingkan duniaaaa...kerja smpi jauh malam, Sabtu Ahaddddd ada yang datang kerja...bukan kerja indutrial, tapi office..

Aku dah tak tahan...tak tahan dengan segalanya. Bila kerja kita dihargai, alhamdulillah..tapi sebaliknya. Bila mintak excuse anak sakit, EL dengan keterpaksaan, sebab ANAK SAKIT, kita diblack list...terusss menerus. Aku klo dah sentuh bab anak, tak boleh bertimbang rasa, itulah penghujungnya.....aku tak sanggup lagi dah..dannnn anak-anak aku seolah-olah dapat membaca susah hati ibunya, sebab selama ni, anak-anak aku tak pernahhh walopon sepatah perkataan soh aku berenti. Maksud aku masa aku keje kat company lama, before kami beramai-ramai di tendang sesuka hati oleh HR baru ni yang terlalu gila kuasa, bersepah2 kami diselerakkan...kami dulu ibarat adik beradik, terlalu rapat...rerasanya dah takde rahsia perangai antara kami.

Jadi, sekarang ni, aku merancang untuk membuka satu pusat penjagaan anak-anak, itu dalam perancangan aku. Bagaimana, di mana, apa, itulah persoalan dan jawapan yang aku perlukan daripada kawan-kawan yang membaca tulisan aku ni..bengkak2 mata aku menangis, tapi tak de saper yang paham situasi kami, hanya kami orang buangan dan boleh dikatakan menumpang di bawah tampok pimpinan komunis yang tau isi hati kami yang telah tercalar, robekkkk, luka yang amat dalam tak terkata merasainya. Kami rindukan tampok pimpinan company lama kami..tapi apakandaya, inilah risiko kerja di syarikat besar, yang terlalu ramai Melayu yg lupa daratan..

Jika ada di antara kawan-kawan aku yang terbaca, dan mengetahui selok belok untuk membuka sebuah nursery, jgn segan-segan silu dan tidak lokek untuk berkongsi ilmu dengan aku yang baru ingin berjinak-jinak, email teluki_bh@yahoo.com . Aku serius, tak pernah aku seserius ni dalam menentukan hati dan perasaan aku. Cukuplah sandiwara yang jelik aku saksikan saban hari....

Terima kasih kerana sudi membaca luahan hati seorang pekerja di syarikat besar yang lupa dengan Allah SWT. Kuasa Allah tidak mereka ketahui....Dugaan yang maha hebat aku kena pikul dan aku sumbatkan dalam kotak minda aku.....sighs....

Friday, January 29, 2010

Hujan......


Sekejap lebat....


Kejap kang tenangggg je..tempayan lama wooo, dari zaman nenek aku memuda. Nenek aku bagi kat cucunya ni, dah terbioooo je kat luo, ko bawak balik ler ghomah ko katanya. Tempayan aku men air ujan masa kekecik. Kata orang tetua, kata org tua lerkan, klo ada musim toyol datang cuwik det kat umh, elok letak tempayan depan umah pastu isik air, nanti toyol tu hayalllll je men men air yg ada lam tempayan tu....tu petua org2 tuaaaaa, aku tak caya. Semua tu kuasa Allah, ni kebetulan mang aku ske bebenda lama, aku letak bawah pokok buluh kesayangan aku ngan YM. Bila dah penuh gini, blehhhhhhhh wat siram pokok, jirus sampai
abis air lam tempayan, kot kang jadik penternak nyamok plak aku, uhuuuhuuuu.


Ni pokok bunga ketas kesayangan aku, sayang woooo...YM belikan. Aku ske kalernya, sejuk mata memandang. Lama dah tak menghapdet, jgn marah ya kawan-kawannnnnn. Perasannnn haku ni, tapi dulik apa aku, uhuhuuuuuuuuuuuuuuuuu...

Monday, January 25, 2010

Oriental Fried Prawn


Keje aku menggodak godek otak aku yg ngok ngek dek kerana idung tesumbat. Ekekeke...tatau nak masak apa...dan nama apa nak aku bagik, ni ler hasilnya..meh kita tgk bahan..aku ni pemalas, malas aku nak buang urat blakang udang tu. Aku masak selamber aku je la..

Bahannya:

Perapan udang;
1/2 kilo udang (siang ske ati korang)
3 batang serai (hiris halus)
2 sudu besar halia hiris
1 sudu besar minyak bijan
1 sudu besar sos ikan (ikut korang nak masin ke tak)

Gaul semua lek lok, perap semalaman.

Untuk gorengan:

3 biji ubi kentang (potong baji, then goreng)
*2 biji bawang merah
*4 ulas bawang putih
(tumbuk lumat)
1 biji bawang besar (yg kaler kunen tu) - hiris kaso
1 biji cili merah (hiris)
Minyak untuk menumis
Garam secukupnya
Kalo ada daun bawang, tambahkan, lagik sedapppp..aku tak boh, pasal tadek.

Cara:

1. Panaskan minyak, tumis bawang yg ditumbuk hingga wangi, masukkan cili merah..kacau.
2. Masukkan udang yang dah di perap beserta ngan bahan perapan tu dan kentang goreng tadi. Kacau dan biarkan udang agak masak..
3. Then bleh ler masukkan bawang beso ijo hiris tu, klo boh daun bawang, bleh ler boh gak masa ni..Perasakan...siap!!

Coba ler Mak Ti, Cik Som...toksah malu2. Wat donnoooo je, ekekekekeke

Blackpepper Lamb Grill n Frens and Baked Potato with Honey..

Terlebih dulu aku nak ucapkan bebanyak tima kasih buat semua kawan yang mendoakan aku sihat. Alhamdulillah, walopon ada saki baki ingus, aku sihat dah..ehehehe. Hahhh skang, ni kes malas nak bikin mashed potato, then carik satu resipi tatau kat umah saper, ingat2 lupaaa je saper yg masak, jenuh gi umh sosorang, tak gakk jumpa campo kelam kabut, alih-alih akumen taram je boh bahan... Sedap gak..Pada tuan empunya resipi yg terkelibat tgk bahan ni, mintak mahap ler ya, aku tak ingat dan aku men ske ske je tambah ubah resipi. Ni aku pasangkan ngan si Cik Kamben grill.

Bahan:

Ubi kentang secukupnya (potong baji)
1 sudu teh minyak canola
1 sudu besar madu
Secubit lada itam tumbuk kasar
Garam
1 1/2 sudu besar oregano

Gaulkan semua, perap 2 jam. Kemudian, boleh lah dibakar dalam oven sampai masak, ato ikut kehendak ati. Suhu bergantung pada oven Cik Jah, Cik Nab ya..Siap!

Hahhhhh ni ler hasilnya. Bawang tu aku grill sekali ngan si Cik Kamben. Kamben tuuu, aku bli jeeee kat yg ready made...koserrrrrrrrrrr aku memerapnya, udah lapooo, sme nak cepat..muehehehe... Anak-anak dara sme, jgn ikut aku, aku ni pemalas.

Thursday, January 21, 2010

Maaf ya...


Maafkan aku andainya kawan-kawan yang datang umah tak macam tak belayan. (Perasan macam ler ramai orang tau blog aku). Aku tak berapa sihat, demam, idung sumbat campo sinus, batuk lagi, aduyaiii complete set, macam makan kat KFC. Insya'allah, bila dah sihat, idung tak sok sek sok sek, kita berborak sakan semula ya. Sayangggg korang!!! Taleh muah-muahss ler, nanti jangkit. Tima kasih Wak Google kasik pinjam gambo.

Pada kawan-kawan yang dah menjengah, tima kasih sudiii gak korang nenggek kat sini walopon aku tak larat nak jalan-jalan umah korang, jangan marah ya...nanti bila aku sihat, aku bleh gi kebun, aku bawak pisang setandan sorang. Dah 4 ari aku tak kekebun, noreh pon tak, aku mintak tolong Usin Lempoyang ngan si Jarah gi ngutip sekerap....lapo...ada sesapa nak bikinkan bubur+sambal lonte+telo masin+kangkung goreng+daging salai+rendang ati...ada?